Python in Animation Siri 2
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2026, tiga orang peserta telah menonton video pembelajaran Python in Animation Siri 2 melalui platform NADIBook. Tayangan video ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penggunaan Python dalam pembangunan animasi serta teknik pengaturcaraan yang digunakan dalam menghasilkan pergerakan animasi secara lebih interaktif dan kreatif.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa elemen penting seperti penggunaan arahan asas Python, cara mengawal pergerakan objek dalam animasi, serta kaedah menghasilkan animasi mudah menggunakan kod pengaturcaraan. Selain itu, peserta turut mempelajari fungsi-fungsi asas dalam Python yang berkaitan dengan animasi, teknik menyusun kod dengan lebih teratur, dan cara mengaplikasikan kreativiti dalam menghasilkan projek animasi digital yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: